Daisypath Friendship tickers

Thursday, May 26, 2011

♥ I + K + H + L + A + S = sukar? ♥



♥ I + K + H + L + A + S = sukar? ♥

Ia tidak semudah mengeja

Tidak semudah menulis

Tidak semudah menyebut

Hakikatnya gabungan enam huruf ini memerlukan penghayatan dan pemahaman yang betul untuk melaksanakannya

IKHLAS…

Tanpanya maka tidak diterimalah amalan kita kerana ia merupakan salah satu syarat untuk amal diterima.Tanpanya amal ibarat debu-debu yang berterbangan walaupun telah banyak usaha kita untuk membuat kebaikan.

Sukar…sukar…

Ya amat sukar untuk saya menjelaskan erti ikhlas yang sebenar..kerana kadang-kadang hati ini juga berperang dengan hawa nafsu..niat terlari dari landasan sebenarnya.

Ikhlas yang hendak kita cari ialah ikhlas kerana Allah. Ikhlas yang mengangkat darjat diri kita begitu tinggi disisi Allah.Bukanlah semata-mata ikhlas kerana manusia.

Seorang anak mungkin ikhlas mengasihi ibu bapanya kerana fitrahnya begitu.

Seorang guru juga mungkin ikhlas mengajar anak muridnya kerana ingin melihat anak-anak muridnya berjaya dan jadi orang yang berguna.

Seorang pemuda juga ikhlas memberi wang kepada peminta sedekah ditepi jalan kerana kasihan melihat keadaannya.

Ikhlas begitu…mungkin kita mampu melakukannya.

Tetapi ikhlas yang dicari ini IKHLAS KERANA ALLAH!

Itu yang payah.Itu yang sukar.Itu yang memerlukan pengorbanan.

Aku sayang umi dan abah sebab Allah suruh aku sayang mereka.

Aku buat baik pada orang sebab Allah suruh.

Aku belajar sebab Allah suruh.

Aku berusaha sebab Allah suruh aku berusaha.

Aku sayang kawan aku sebab Allah suruh mencintai saudara sesama muslim.

Semua aku buat sebab Allah yang suruh.

Ya…menULis atas papan kekunci komputer memang mudah.Apa sahaja boleh dikatakan.Kerana ia tidak sesukar membawanya ke medan amal.

Dari Amirul Mukminin,Abu Hafsh,Umar bin Khattab r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya,dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya,maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya,dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia cari atau wanita yang hendak dinikahinya,maka ia akan mendapati apa yang ia tuju.”

Kita akan dapat apa yang kita niatkan..jadi pentingnya untuk selalu membetulkan niat setiap kali ia tersasar dari landasan sebenar,dari tujuan sebenar,dari matlamat sebenar..yakni kerana Allah SWT sahaja.

Semangat untuk beramal sahaja tidak cukup.Memang mudah untuk memulakan sesuatu kebaikan.Pada dasarnya memang niat jelas,tujuan jelas,tetapi kadang-kadang apabila kita mula melangkah lebih kehadapan ada sahaja rintangan-rintangan yang datang mula melemahkan langkah,untuk memperlahankan langkah.Semangat yang berkobar kini mula surut,langkah makin longlai.Inilah jadinya jika bergantung pada semangat semata.Semangat untuk beramal tetapi tidak istiqamah.Bukankah kita sendiri tahu amalan yang paling Allah suka ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan.Biarlah sedikit amalan kita tetapi ia berterusan.Kita bukan hendak memuaskan dan menggembirakan hati manusia semata tetapi untuk menggembirakan Allah.Bukanlah tujuan kita untuk menarik perhatian manusia tetapi menarik perhatian Allahlah tujuan utama.

Keikhlasan itu bergantung pada niat.Sekali lagi diingatkan pada diri,betulkan kembali niatmu.Moga kita semua diberi kekuatan untuk terus beramal dengan baik dan ikhlas kerana Allah.

Ya Allah…terimalah amalku..ameen.



source - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=146898155376095&set=at.107186632680581.9024.100001677347161.100001215105663&type=1&pid=283034&id=100001677347161

No comments:

chatro0m...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com