Daisypath Friendship tickers

Saturday, September 25, 2010

Alangkah Indahnya Hidup Ini.....

 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

Adakah benar kau mencintaiKU?




“Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit.
Subhanallah ..
kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada  tolok bandingnya.
Sedang aku memerhati.
Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Dia sajikan.
Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dalam hatiku..satu pertanyaan buatku ,
Adakah kamu mencintai Aku?
Lalu aku  menjawab dengan yakin ,
Sudah tentu aku mencintaiMU!
Bukankah Engkaulah Penciptaku,
masakan aku tidak mencintaiMu.

Kemudian hatiku meronta untuk bertanya lagi,
Jika kamu ditakdirkan menjadi manusia cacat ,
adakah kamu akan mencintaiKu? 
Tergamam aku seketika..
terus aku melihat dan memegang tangan, kaki dan seluruh anggotaku.
Ya Allah bagaimana aku boleh hidup tanpa semua anggota yang sempurna ini..
getus hati kecilku.. 
Terasa mustahil bagiku untuk  melakukan kerja sehari2an tanpa semua anggota ini..
Ya Allah Maafkan aku kerana sering lupa bahawa semua ini pinjaman dariMu buat hambaMu yang tiada apa2.. 
dan dengan keizinanMu anggota ini menjadi terlalu sempurna.
Astaghfirullah ..
Kemudian Jauh di sudut hati kecilku menjawab,
Tentunya cacat anggota amat sukar bagiku,
tetapi Ya Allah, aku akan tetap mencintaiMu!.. 

Berterusan hati bertanya lagi,
Jika kamu ditakdirkan buta,
adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?
Berfikir aku,
bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat?
Kemudian aku berfikir…ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini,
dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.
Lantas aku menjawab,
Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa,
namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Terus aku  ditanya lagi,
Jika kamu ditakdirkan pekak,
adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?
Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak?
Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
tetapi menggunakan hati.
Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku,
namun aku akan tetap menyintaiMu.

Seterusnya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu.
Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara.
Aku terfikir semula yang Allah mahu adalah kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita;
tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Jawabku, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu.
Aku akan tetap memujiMu Ya Allah.

 Asakan demi asakan persoalan itu,
dan aku terus di tanya lagi,
Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?
Adakah benar Kau begitu menyintaiKu..
Adakah benarrr..??
Pertanyaan ini seolah2 menuntut keyakinan dan keikhlasanku mencintaiNya.. 
Hatiku seolah2 di tarik keluar dan dipaksa berkata apa yang bukan benar2 dari hatiku..
Tapi aku terus dengan jawapanku walau aku tidak pasti kepastiannya..
Ya Allah.. 
Aku yakin dengan jawapanku ,
Ya.. Ia adalah benar ya Allah..
Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Engkaulah mengadakan aku daripada ketiadaan di dunia ini.
Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi..

 Tetapi semakin banyak aku mengaku bahawa aku menyintaiNya,
aku terus di asak tanya,
dan aku seolah2 terperangkap dalam jawapan2 ku sendiri ..
Ya Allah..

Nah ! Kalau benar seperti jawapanmu itu,
 Kenapa kamu masih melakukan dosa?
Dosa yang sama setiap kali pun.
Kenapa kau masih suka melakukan apa yang Aku benci?
Kenapa? 
 Lalu dalam gelisah hatiku menjawab ,
Ya Allah..ampunkan aku,  
aku cuma manusia biasa yang selalu lalai dan lupa.
Aku tidak sempurna ya Allah…
aku bukan maksum.

Kalau begitu,
Kenapa ketika kamu senang dan gembira…
kamu melupakan Aku,
seolah2 Aku tiada dalam hidupMu ;
kenapa begitu jauh kau tinggalkkan Aku tika kau bahagia?

Dan sebaliknya ,
ketika kamu susah dan perit untuk menghadapi ujian hidup ini..
baru dikala itu kamu mengakui Aku ada dalam hidupmu dan ada untuk mendampingimu, 
Tika itu baru pulih ingatanmu padaKu.. 
kamu datang dekat padaKu lalu  merayu kepada Aku..

Aku tidak mampu berkata apa2 lagi tika itu..
Ya Allah..
Ya Allah..
hanya itu yang kuseru dalam hati ini..
Hatiku merintih dan menangis lalu ku sedari titisan panas turun deras  membasahi pipiku..

Di saat kebingungan itu,
aku di tanya lagi..
Mengapa kamu buat begini?
Mengapa Aku diperlakukan begini jika benar Aku adalah tuhanmu..
kadang-kadang Kau sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu;
tidak pedulikanKu?
Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu?
Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Mengapa kamu lebih malu kepada manusia tanpa rasa malu kepadaKu walau banyak kali kau mengingkariKu?
Mengapa?
sekarang jawablah?
jawablah atas apa yang telah lakukan selama ini..

 Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku.
Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi.
Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata,
kini kelu.
Otakku ligat mencari jawapan…
atau alasan…
namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Bukankah Kamu diberikan sebuah kehidupan yang amat sempurna di muka bumi ini?
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu,
tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu.
Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini,
tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.

Acap kali aku berkata-kata kepadamu,
tetapi kamu berpaling daripada melihatnya.
Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu,
tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu…
dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara..
Segala2nya pun aku kurniakan untuk menyempurnakan hidupmu disini..

  Tetapi Kini…
adakah kamu menyintaiKu?
Adakah benar ada cinta untukKu di dadamu itu?
 Adakah ada Aku dalam hatimu ?
Adakah Aku tidak layak untuk di sembah jika aku tidak menjadikan syurga dan neraka itu?
Jawablah!
Bukankah Aku tuhanmu?

Ya Allah..
mulutku terkunci..
tiada suara lagi untuk ku ucapkan..
tiada apa yang mampu ku persembahkan sebagai jawapan atas persoalan ini..
Perbuatanku selama ini menjadi saksi atas segalanya..
Apa yang kerjakan selama ini ,
itulah jawapan yang ku persembahkan kepadaNya..
samada benar aku sungguh2 menyintaiNya..

Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini..
Merintih hatiku,
Oh Tuhanku…
ampunkanlah segala dosaku.
Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah…
Cukup Ya Allah..
Terlalu cukup Ya Allah nikmat yang telah Kau persembahkan kepadaku..
terlalu banyak nikmatMu yang aku lalaikan..
kini aku terlalu malu berdiri di atas tanah yang selama ini Kau maha menampungnya..
Astaghfirullah..

Ya Allah..Ya Allah.. Ya Allah..hanya itu yang ku mampu seru tika itu..


-mode: Al Iktiraf & melihat ke dalam relung-relung hati-

chatro0m...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com