Daisypath Friendship tickers

Thursday, August 12, 2010

Antara 33 Larangan Rasulullah kpd Kaum Hawa...

1. Wanita Mendedahkan Aurat



Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan muka dan dua tangannya sampai pergelangan."
(H.R. Abu Daud)

"Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium baunya." (H.R. Muslim)

Islam tidak melarang kaum wanita berpakaian cantik dan indah, asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat dan boleh membentuk identiti muslimah yang mukrninah.


2. Wanita Berpakaian Menyerupai Lelaki



Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai lelaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah melaknat lelaki yang mengenakan pakaian wanita dan wanita yang mengenakan pakaian lelaki."(H.R. Abu Daud dan Hakim)

"Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai wanita." (H.R. Bukhari)

Pada hakikatnya, kaum wanita tidak menyedari bahawa cara berpakaian juga boleh mendatangkan laknat Allah SWT seperti menampakkan perhiasan emas, permata dan sebagainya dengan harapan diketahui dan ditontoni oleh kaum lelaki dan orang ramai.


3. Wanita Bergaul Bebas Dengan Lelaki Bukan Muhrim





Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim."(H.R. Bukhari dan Muslim)

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan wanita melainkan yang ketiganya syaitan" (H.R. Ahamd, Tirmizi dan Hakim).

"Takutlah kepada dunia dan wanita kerana fitnah yang mula-mula melanda kaum Bani Israil adalah wanita". (H.R.Muslim)


4. Wanita Bersalaman Dengan Lelaki Bukan Muhrim


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sungguh dimasukkan kepala salah seorang dariada kaum dengan jarum dari dua besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (H.R.Tabrani)

Tidak diragukan lagi bahawa perbuatan berjabat tangan antara wanita dengan lelaki bukan muhrim juga termasuk zina tangan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan berzina". (H.R.Ahmad)

Amalan berjabat tangan antara seorang wanita dan lelaki yang bukan muhrim tidak dibenarkan oleh syarak walaupun mereka tidak melakukan apa-apa perkara sumbang seperti dalam majlis keramaian, menyambut tetamu ke rumah dan sebagainya. Tetapi hal ini boleh mendorong kepada kemungkaran dan maksiat.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan". (H.R.Ahmad)


5. Wanita Berpakaian Menyerupai Pakaian Orang Kafir



Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Waspadalah kamu dari kemewahan yang berlebihan dan meniru gaya dan pakaian orang syirik". (H.R.Bukhari dan Muslim)

"Ada dua jenis manusia pengisi neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya: pertama, segolongan manusia yang mempunyai cambuk seperti seekor lembu mereka memukul manusia dengannya; kedua: wanita yang berpakaian tetapi telanjang dan melenggang lenggok, kepala mereka seperti pundak unta yang condong, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya. Sesungguhnya, bau syurga itu boleh tercium dari jarak yang sekian-sekian." (H.R.Muslim)


6. Wanita Menyambung Rambut


Perbuatan menyambung rambut atau memakai rambut palsu adalah termasuk perhiasan yang dilarang keras dalam Islam. Seseorang wanita Islam yang gemar menyambung rambut dengan apa tujuan sekalipun tidak dibenarkan dan dilaknat oleh Allah S.W.T. kerana mengubah anugerah Allah dalam erti kata menambah atau mengurangi dengan maksud agar nampak menarik dan anggun pada pandangan masyarakat.
Dari Asma' r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada seorang wanita bertanya kepada nabi s.a.w.: Ya Rasulullah, sesungguhnya anak saya terkena suatu penyakit sehingga gugurlah rambutnya dan saya akan kahwinkan dia, apakah boleh saya sambung rambutnya? Jawab Nabi: Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan yang minta disambung rambutnya".

(H.R. Bukhari)


7. Wanita Mencabut, Mencukur dan Menipiskan Alis



Perbuatan berhias dengan menipiskan alis, mengukirnya, mencukurnya atau mencabut sebahagiannya kononnya supaya wajah kelihatan cantik, ayu dan anggun pada pandangan masyarakat sebenarnya merupakan salah satu perbuatan berhias secara berlebihan yang diharamkan dalam Islam kerana mengubah ciptaan Allah S.W.T. Pada hakikatnya, inilah amalan wanita zaman jahiliah dan kaum Yahudi untuk menarik perhatian kaum lelaki.

Rasulullah s.a.w. melaknat ke atas wanita Islam yang mencukur atau menipiskan alis sama ada untuk dilengkungkan atau ditinggikan. Lebih malang lagi jika perbuatan itu diperkenankan oleh suaminya untuk mendapat kebanggaan atau glamour dikalangan orang ramai.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. melaknat wanita-wanita yang mencukur alisnya atau minta dicukur alisnya".

(H.R. Abu Daud)


8. Mengikir Gigi


Islam melarang keras perbuatan wanita yang mengikir gigi atau menjarangkan gigi agar kelihatan cantik dan menawan. Perbuatan ini termasuk yang mendapat laknat Allah dan RasulNya kerana mengandungi unsur-unsur penyiksaan dan pengubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada sebab musabab yang mengharuskannya berbuat demikian.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah".

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Syariat telah mengharamkan kaum wanita merenggangkan giginya yang bertumpuk sehingga nampak susunannya rata kerana kerapian hasil perbuatan manusia. Cara seperti ini tercela dan bagi wanita Islam tidak dibolehkan mengubah sesuatu pun dan apa yang telah diciptakan Allah.


Sumber: Petikan dari Buku: 33 LARANGAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA

Kasihnya ALLAH s.w.t kpd kaum Hawa...



ALLAH s.w.t sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

oleh: Azlan Mohamad

Nasihat buat kaumku,, Hawa...


1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s. a. w. menjawab,”Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh seseorang lelaki memasuki rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s. a. w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s. a. w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Jawab Nabi s. a. w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?” Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,

” Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie “Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar” jika mampu boleh di sambung “Wa la hawlawalaquwataillabillahi’aliyil’azim”
100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.

Thursday, August 5, 2010

Nota Untuk Suami...


Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah

pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya

isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya

pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...

Wednesday, August 4, 2010

Keteguhan Menggenggam Tauhid SITI ASIAH & MASYITOH


Semoga muslimah sekalian bisa mengambil hikmah dan mengikuti jejak keduanya, meninggal dalam keadaan teguh menggenggam “Tauhid.”

Alkisah di negeri Mesir, Fir’aun terakhir yang terkenal dengan keganasannya bertahta. Setelah kematian sang isteri, Fir’aun kejam itu hidup sendiri tanpa pendamping. Sampai cerita tentang seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran bernama Siti Asiah sampai ke telinganya.

Fir’aun lalu mengutus seorang Menteri bernama Haman untuk meminang Siti Asiah. Orang tua Asiah bertanya kepada Siti Asiah : “Sudikah anakanda menikahi Fir’aun ?”

“Bagaimana saya sudi menikahi Fir’aun. Sedangkan dia terkenal sebagai raja yang ingkar kepada Allah ?”
Haman kembali pada Fir’aun. Alangkah marahnya Fir’aun mendengar kabar penolakan Siti Asiah.

“Haman, berani betul Imran menolak permintaan raja. Seret mereka kemari. Biar aku sendiri yang menghukumnya !”

Fir’aun mengutus tentaranya untuk menangkap orangtua Siti Asiah. Setelah disiksa begitu keji, keduanya lantas dijebloskan ke dalam penjara. Menyusul kemudian, Siti Asiah digiring ke Istana. Fir’aun kemudian membawa Siti Asiah ke penjara tempat kedua orangtuanya dikurung. Kemudian, dihadapan orangtuanya yang nyaris tak berdaya, Fir’aun berkata:”He, Asiah. Jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau sayang terhadap kedua orangtuamu. Oleh karena itu, engkau boleh memilih satu diantara dua pilihan yang kuajukan. Kalau kau menerima lamaranku, berarti engkau akan hidup senang, dan pasti kubebaskan kedua orangtuamu dari penjara laknat ini. Sebaliknya, jika engkau menolak lamar

Karena ancaman itu, Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun. Dengan mengajukan beberapa syarat :
Fir’aun harus membebaskan orangtuanya.
Fir’aun harus membuatkan rumah untuk ayah dan ibunya, yang indah lagi lengkap perabotannya.

Fir’aun harus menjamin kesehatan, makan, minum kedua orangtuanya. Siti Aisyah bersedia menjadi isteri Fir’aun. Hadir dalam acara-acara tertentu, tapi tak bersedia tidur bersama Fir’aun. Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak disetujui, Siti Asiah rela mati dibunuh bersama ibu dan bapaknya.

Akhirnya Fir’aun menyetujui syarat-syarat yang diajukan Siti Asiah. Fir’aun lalu memerintahkan agar rantai belenggu yang ada di kaki dan tangan orangtua Siti Asiah dibuka. Singkat cerita, Siti Asiah tinggal dalam kemewahan Istana bersama-sama Fir’aun. Namun ia tetap tak mau berbuat ingkar terhadap perintah agama, dengan tetap melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.

Pada malam hari Siti Asiah selalu mengerjakan shalat dan memohon pertolongan Allah SWT. Ia senantiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir, meskipun suaminya sendiri, Fir’aun. Untuk menjaga kehormatan Siti Asiah, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyaru sebagai Siti Asiah. Dialah iblis yang setiap malam tidur dan bergaul dengan Fir’aun.

Fir’aun mempunyai seorang pegawai yang amat dipercaya bernama Hazaqil. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami Siti Masyitoh, yang bekerja sebagai juru hias istana, yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Namun demikian, dengan suatu upaya yang hati-hati, mereka berhasil merahasiakan ketaatan mereka terhadap Allah. Dari pengamatan Fir’aun yang kafir.

Suatu kali, terjadi perdebatan hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil, disaat Fir’aun menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang ahli sihir, yang menyatakan keimanannya atas ajaran Nabi Musa a.s. Hazaqil menentang keras hukuman tersebut.

Mendengar penentangan Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Fir’aun jadi bisa mengetahui siapa sebenarnya Hazaqil. Fir’aun lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah, tanpa merasa gentar sebab yakin dirinya benar.

Hazaqil menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tangan terikat pada pohon kurma, dengan tubuh penuh ditembusi anak panah. Sang istri, Masyitoh, teramat sedih atas kematian suami yang amat disayanginya itu. Ia senantiasa dirundung kesedihan setelah itu, dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada anak-anaknya yang masih kecil.

Suatu hari, Masyitoh mengadukan nasibnya kepada Siti Asiah. Diakhir pembicaraan mereka, Siti Asiah menceritakan keadaan dirinya yang sebenarnya, bahwa iapun menyembunyikan ketaatannya dari Fir’aun. Barulah keduanya menyadari, bahwa mereka sama-sama beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa a.s.

Pada suatu hari, ketika Masyitoh sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sisirnya terjatuh ke lantai. Tak sengaja pula, saat memungutnya Masyitoh berkata : “Dengan nama Allah binasalah Fir’aun.”

Mendengarkan ucapan Masyitoh, Puteri Fir’aun merasa tersinggung lalu mengancam akan melaporkan kepada ayahandanya. Tak sedikitpun Masyitoh merasa gentar mendengar hardikan puteri. Sehingga akhirnya, ia dipanggil juga oleh Fir’aun.

Saat Masyitoh menghadap Fir’aun, pertanyaan pertama yang diajukan kepadanya adalah : “Apa betul kau telah mengucapkan kata-kata penghinaan terhadapku, sebagaimana penuturan anakku. Dan siapakah Tuhan yang engkau sembah selama ini ?”

“Betul, Baginda Raja yang lalim. Dan Tiada Tuhan selain Allah yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya.”jawab Masyitoh dengan berani.

Mendengar jawaban Masyitoh, Fir’aun menjadi teramat marah, sehingga memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak sekuali besar. Dan saat minyak itu mendidih, pengawal kerajaan memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan pada Masyitah. Sekali lagi Masyitoh dipanggil dan dipersilahkan untuk memilih : jika ingin selamat bersama kedua anaknya, Masyitoh harus mengingkari Allah. Masyitoh harus mengaku bahwa Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah. Jika Masyitoh tetap tak mau mengakui Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitoh akan dimasukkan ke dalam kuali, lengkap bersama kedua anak-anaknya.

Masyitoh tetap pada pendiriannya untuk beriman kepada Allah SWT. Masyitoh kemudian membawa kedua anaknya menuju ke atas kuali tersebut. Ia sempat ragu ketika memandang anaknya yang berada dalam pelukan, tengah asyik menyusu. Karena takdir Tuhan, anak yang masih kecil itu dapat berkata, “Jangan takut dan sangsi, wahai Ibuku. Karena kematian kita akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Dan pintu surga akan terbuka menanti kedatangan kita.”

Masyitoh dan anak-anaknyapun terjun ke dalam kuali berisikan minyak mendidih itu. Tanpa tangis, tanpa takut dan tak keluar jeritan dari mulutnya. Saat itupun terjadi keanehan. Tiba-tiba, tercium wangi semerbak harum dari kuali berisi minyak mendidih itu.

Siti Asiah yang menyaksikan kejadian itu, melaknat Fir’aun dengan kata-kata yang pedas. Iapun menyatakan tak sudi lagi diperisteri oleh Fir’aun, dan lebih memilih keadaan mati seperti Masyitoh.

Mendengar ucapan Isterinya, Fir’aun menjadi marah dan menganggap bahwa Siti Asiah telah gila. Fir’aun kemudian telah menyiksa Siti Asiah, tak memberikan makan dan minum, sehingga Siti Asiah meninggal dunia. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Siti Asiah sempat berdoa kepada Allah SWT, sebagaimana termaktub dalam firman-Nya :

“Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata : “Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi_mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (Q.S. At-Tahrim [66] : 11)

Demikian kisah Siti Asiah dan Masyitoh. Semoga muslimah sekalian bisa mengambil hikmah dan mengikuti jejak keduanya, meninggal dalam keadaan teguh menggenggam “Tauhid.”

Tuesday, August 3, 2010

Silih Ganti Rasa (Dimana DIA dihatiku)....


TUHAN....
Dalam letih aku merintih
Kelemahan dan kelalaian
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN....
Dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmat-MU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenang-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN....
Ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengingat-MU

TUHAN....
Bicara-MU tanpa suara
Belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua...

Monday, August 2, 2010

Amalan di Bulan Ramadhan...


Saudaraku muslim dan muslimah…
Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

Kami sampaikan risalah ini kepada anda dengan penuh kerinduan dan penghormatan. Kami sampaikan risalah ini dari lubuk hati kami yang paling dalam, disertai luapan rasa cinta kami kepada anda kerana Allah. Kita mohon kepada Allah yang Maha Perkasa agar Dia mempertemukan kami dan anda kelak di Syurga-Nya yang penuh dengan kenikmatan dan rahmat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Sehubungan dengan akan datangnya bulan Ramadhan, kami sampaikan sebuah nasihat sebagai sebuah hadiah yang berharga. Kami tidaklah membuat sesuatu yang baru dalam nasihat ini, melainkan sebagai suatu pengingatan yang insya Allah akan bermanfaat untuk orang-orang yang beriman. Kami harap, semoga Anda berkenan menerimanya dengan lapang dada dan mendoakan kita semua agar senantiasa dijaga, dibimbing oleh Allah Yang Maha Kuasa di jalan yang diredhai-Nya.


Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantara kekhususan dan keutamaan Ramadhan antara lain:

(1). Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kasturi.

(2). Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai dia berbuka puasa.

(3). Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.

(4). Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan

(5). Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa

(6). Diikatnya syaithan


Saudaraku muslim dan muslimah…
Bagaimanakah kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan kekhususan dan keutamaan ini? Apakah disambut dengan perbuatan yang sia-sia? Berjaga semalaman? Berfoya-foya? Naudzu billahi min dzalika.

Sesungguhnya hamba yang soleh akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan ini dengan taubat yang murni kepada Allah, meminta ampunan kepada Allah dan bertekad kuat dan jujur, serta berupaya meningkatkan amal soleh dengan tetap mengharap pertolongan Allah agar Dia memudahkan kita untuk beribadah kepada-Nya.


Saudaraku muslim dan muslimah…
Berikut ini adalah beberapa amal soleh yang wajib dikerjakan atau sangat dianjurkan dilakukan:

(1). BERPUASA
Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Setiap amal manusia adalah untuk dirinya, satu perbuatan baik akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwatnya, makanannya, minumannya untuk Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian, yaitu kebahagian saat berbuka puasa dan kebahagiaan saat berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi kasturi.”

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
”Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)


Saudaraku muslim dan muslimah…
Tidak diragukan lagi bahawa balasan yang sangat agung tersebut tidaklah diberikan kepada orang yang sekadar meninggalkan makanan atau minuman saja! Akan tetapi hanya sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :

”Ertinya : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan keji serta amal perbuatan keji, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak memerlukan puasanya yang sekadar meninggalkan makanan dan minuman” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
”Ertinya : Puasa itu perisai, maka apabila seseorang berpuasa, hendaklah dia tidak berbuat lucah (perbuatan yang menjurus kepada hubungan seksual), tidak berbuat kefasikan, tidak berbuat suatu kebodohan. Apabila seseorang mencaci makinya, hendaklah dia mengatakan: Saya sedang berpuasa!” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)


Saudaraku muslim dan muslimah…
Bila Anda berpuasa, maka hendaknya puasa pula pendengaran, penglihatan dan lisan Anda, serta berpuasalah juga seluruh anggota tubuh Anda! Janganlah keadaan Anda saat berpuasa sama dengan keadaan Anda ketika tidak berpuasa!


(2). QIYAMU RAMADHAN YAITU SHALAT TARAWIH
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda :
”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Ada sebuah peringatan penting, yaitu hendaknya kita menyempurnakan solat tarawih berjama’ah di masjid bersama imam solat, agar kita dicatat sebagai orang-orang yang mendirikan qiyamu Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu Ramadhan bersama Imamnya sampai selesai, maka dicatat baginya pahala Qiyamu Ramadhan semalam penuh’ ( Hadits Riwayat Ahlus Sunan)


(3). BERSEDEKAH
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertiya : Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (Hadits Riwayat Tirmidzi).

Diantara bentuk-bentuk sedekah di bulan Ramadhan adalah:

(a). Memberi makanan
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
”Ertinya : Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka Kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera”. (Al-Insan : 8 – 12)

Sesungguhnya salafus soleh (generasi pendahulu umat Islam yang soleh) amat bersemangat untuk memberikan makanan baik kepada yang memerlukan atau kepada teman yang soleh, melebihi semangat menjalankan amal yang lainnya.

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Seorang mukmin yang memberikan mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadit Hasan Riwayat Tirmidzi).

Sebahagian salafus soleh ada yang memberikan makanan kepada saudara-saudaranya kaum muslimin, padahal dia sendiri berpuasa, mereka tidak sekadar memberi makanan, tetapi juga turut duduk sambil berkhidmat (melayani) keperluan mereka.

(b). Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa tadi.” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)


(4). BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MEMBACA AL-QUR’AN AL-KARIM, MEMPELAJARI TAFSIRNYA DAN MEMAHAMINYA

Saudaraku muslim dan muslimah…
Bersungguh-sungguhlah dalam membaca Al Qur’an Al- Karim. Bacalah dengan penuh tadabur dan kekhusyuan. Sesungguhnya salafus soleh, semoga Allah merahmati mereka, benar-benar tersentuh hatinya dan terpengaruh dengan Al Qur’an Al-Karim. Dalam sebuah hadits riwayat Imam Baihaqi dari sahabat Abu Hurairoh, semoga Allah meredhainya, beliau berkata: ”Ketika turun ayat Al Qur’an :
”Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?” (An-Najm : 59-60)
Ahlus Sufah (para shahabat Nabi yang tinggal di Masjid Nabawi) menangis, berlinang air matanya. Ketika Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam mendengarnya, maka beliau pun turut menangis. Kami (para shahabat Nabi) pun menangis kerananya. Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda: ”Tidak akan disentuh api neraka, orang yang menangis kerana takut kepada Allah”.


(5). TETAP DUDUK DI MASJID SETELAH SOLAT SUBUH BERJAMA’AH SAMPAI TERBIT MATAHARI

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa duduk di tempatnya setelah solat subuh sampai terbit matahari. (Hadits Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang solat subuh berjama’ah lalu tetap duduk setelahnya, berdzikir kepada Allah sampai matahari terbit, lalu dia solat dua raka’at maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna” (Hadits Riwayat Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Besarnya pahala yang Allah berikan atas amalan tersebut adalah amal yang dilakukan di hari-hari biasa, maka apalagi seandainya amal tersebut dikerjakan di bulan Ramadhan?

Marilah kita solat subuh berjama’ah di masjid, lalu setelahnya membaca dzikir atau wirid sesudah shalat, lalu membaca dzikir pagi dan petang yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam, atau membaca Al-Qur’an Al-Karim sampai terbit matahari, lalu setelah terbit matahari, solat sunat dua raka’at. Sungguh Allah telah menjanjikan pahala yang besar, seperti pahala haji dan umrah!


(6). I’TIKAF

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa i’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan di tahun terakhir sebelum wafatnya, beliau beri’tikaf selama dua puluh hari terakhir bulan Ramadhan. (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

I’tikaf sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan yaitu berdiam diri di masjid, tidak keluar dari masjid sampai malam Aidil Fitri dengan melaksanakan berbagai amal ketaatan kepada Allah seperti solat wajib berjamaah, solat sunat, memperbanyak berdoa, berdzikir, beristighfar, bertaubat, membaca Al-Qur’an Al-Karim dan amal soleh lainnya.


(7). UMRAH DI BULAN RAMADHAN

Umrah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang amat besar, bahkan sama dengan pahala haji. Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji atau haji bersamaku” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

Tetapi wajib diketahui, meskipun umrah di bulan Ramadhan berpahala menyamai haji, tetapi ia tidak boleh menggugurkan kewajiban haji bagi orang wajib melakukannya.

Demikian pula halnya solat di Masjidil Haram di Mekah dan solat di Masjid Nabawi di Madinah pahalanya dilipatgandakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memudahkan kita untuk dapat umrah di bulan Ramadhan, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


(8). MENCARI LAILATUL QADAR
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (Al-Qodr: 1-5)

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu lail pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Adapun qiyamu lail yang dimaksud adalah menghidupkan malam tersebut dengan solat tarawih, membaca Al -Qur’an Al-Karim, berdoa, berdzikir, beristighfar dan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam senantiasa berusaha kuat untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau memerintahkan para shahabatnya untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau pun membangunkan keluarganya pada malam-malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan harapan agar mendapatkan malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar terjadi pada suatu malam diantara malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Ummul Mukminin, Aisyah, semoga Allah meredhainya, pernah bertanya kepada Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam : Wahai Rasulullah, bila aku mendapati malam lailatul qadar, doa apakah yang sebaiknya saya baca? Maka Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda: Bacalah
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibul al-afwa fa’ fu ‘anniy” :

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka untuk memberi ampunan, maka ampunilah aku ” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan dishahihkannya)


(9). MEMPERBANYAK DZIKIR, DO’A DAN ISTIGHFAR

Saudaraku muslim dan muslimah…
Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka isilah dengan memperbanyak dzikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain yaitu:

(a). Saat berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

(b). Sepertiga malam yang terakhir, saat Allah Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia.

(c). Beristighfar di waktu sahur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Ertinya : Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (Adz- Dzariyat: 18)

(d). Mencari suatu saat dikabulkannya doa di hari Jumaat, yaitu di suatu waktu antara asar dan maghrib di hari Jumaat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Ada beberapa perbuatan yang harus kita tinggalkan atau jauhi baik di luar Ramadhan, terlebih lagi di bulan Ramadhan, diantaranya:

(1). Menjadikan malam seperti siang dan menjadikan siang seperti malam. Maksudnya di malam hari dihabiskan untuk berjaga sambil bersembang, menonton TV atau perbuatan sia-sia lainnya. Sementara di siang hari dihabiskan untuk tidur.

(2). Tidur di sebahagian waktu solat wajib.

(3). Berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman

(4). Terlalu cepat makan sahur, lalu tertidur saat waktu solat subuh sehingga tidak solat subuh berjama’ah di masjid.

(5). Berbohong dan berbuat perbuatan sia-sia

(6). Menyia-nyiakan waktu

(7). Berkumpul bersama teman-teman untuk kegiatan yang sia-sia, mengata,mengumpat, gosip dan semisalnya

(8). Kaum wanita menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk memasak makanan.

Saudaraku muslim dan muslimah…

Ketahuilah bahawa hal yang tak kalah pentingnya adalah ikhlas! Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan dahaga! Betapa banyak orang yang mendirikan solat terawih tidak mendapatkan apa-apa selain penat dan letih! Kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari hal demikian. Oleh kerana itu Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam menekankan dalam banyak sabdanya : ” Dengan keimanan dan mengharap pahala Allah”. Kita mohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menganugerahkan keikhlasan dalam ucapan, amalan kita, baik ketika sendirian maupun bersama orang banyak. Ya Allah, kabulkan permohonan kami ini.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Perhatikanlah nikmat usia dan kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita! Sungguh umur kita terbatas! Pernakah Anda berfikir, mana orang-orang yang tahun lalu berpuasa Ramadhan bersama kita? Ke manakah orang-orang yang tahun lalu solat tarawih bersama kita? Sebahagian mereka ada yang sudah dijemput oleh malaikat maut! Sebahagian lagi terbaring sakit! Sehingga mereka tidak kuat berpuasa dan solat tarawih. Maka pujilah Allah! Bersyukurlah kepada Allah, wahai Saudaraku!

Berbekalah mulai sekarang juga! Sungguh, sebaik-baik bekal adalah taqwa!

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kesempatan untuk berpuasa Ramadhan dan mendirikan Qiyamu Ramadhan, dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang diterima amalan-amalannya dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang dibebaskan dari api neraka. Amin.

Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Akhir doa kami adalah Alhamdulillahi rabbil ’alamin.
Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu


(Diterjemahkan (dengan penyesuaian) dari buletin ”Risalah Syahri Ramadhan” karya Kholid bin Abdullah Al Hamudiy oleh Bukit Adhinugraha, Bogor 16 Sya’ban 1428 Hijriyah)
Oleh
Kholid bin Abdullah Al-Hamudiy







Sinar Ramadhan....



Sunday, August 1, 2010

Ramadhan yang dirindui....


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah dan kurniaNYA akhirnya kita semua akan bersua lagi dengan bulan Ramadhan, satu bulan yang amat dirindui. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia, ini kerana Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam ayat 183, surah Al-Baqarah yang membawa maksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

Selain itu ayat 185, surah Al-Baqarah juga menyatakan dengan maksudnya bahawa ".( Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Akhir sekali dalam ayat 35, surah Al-Ahzaab pula, diterangkan bahawa ". orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar"

Dari tiga ayat yang dibentangkan di atas terbuktilah bahawa berpuasa di bulan Ramadhan merupakan satu peluang keemasan untuk setiap umat Islam meningkatkan ketakwaan diri, menambahkan kesyukuran atas nikmat yang diberikan dan berpeluang untuk mendapat keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Kelebihan-kelebihan yang disebutkan di atas tidak terhad di situ sahaja. Puasa di bulan Ramadhan juga merupakan satu proses yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Misalnya, dalam bulan ini, kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Bukan sahaja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan 'dirinya' dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.

Selain itu, berpuasa juga akan memberikan peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan. Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kulit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.

Selain tubuh badan, berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam. Selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadhan pasti menguji ketahanan diri. Bagi mereka yang mudah lemah semangat, kelebihan bulan Ramadhan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri. Pendek kata, bulan Ramadhan memang memberi peluang yang luas untuk setiap umat Islam membina ketahanan diri.

Kelebihan bulan Ramadhan dan amalan berpuasa tidak terhad kepada seseorang individu sahaja. Apa yang lebih penting adalah tanggungjawab berpuasa ini memberikan kelebihan untuk kita mengeratkan hubungan sesama manusia. Dalam bulan ini, kita tentu sahaja menginsafi nasib golongan yang sedang mengalami kesusahan, kemiskinan, kebuluran dan penindasan sama ada di negara sendiri mahupun di seluruh dunia. Pastinya kita lebih memahami kesempitan yang dihadapi oleh orang lain dan sedia membantu bila diperlukan.

Bukan itu sahaja, pada bulan ini juga kita selalu memastikan bahawa setiap ahli keluarga berkumpul untuk sama-sama berbuka puasa. Kita juga kadang-kala menziarahi saudara mara dan jiran tetangga atau menjemput mereka berbuka puasa bersama-sama. Kesempatan sebegini mungkin sangat jarang diperolehi. Oleh itu, peluang yang dianugerahkan ini perlu dimanipulasi sebaik mungkin demi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan.

Jelaslah bahawa bulan Ramadhan dan amalan berpuasa memang mempunyai keistimewaan yang tinggi. Oleh itu, setiap umat Islam tidak boleh melepaskan peluang yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. ini. Setiap dari kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan Ramadhan agar faedah bulan tersebut dapat digarap sebanyak mungkin.

Terdapat banyak persiapan yang boleh dibuat. Pertamanya, membetulkan niat dan azam sebelum memasuki bulan Ramadhan. Niat dan azam perlulah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Berazamlah untuk menjadikan bulan Ramadhan kali ini satu bulan yang terbaik untuk diri kita. Misalnya, kita boleh berazam untuk menjalani ibadah puasa yang tinggi kualitinya. Jadi, tekadkan dalam diri untuk merebut semua peluang kebaikan yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan ini.

Di samping itu, ambillah peluang untuk meningkatkan potensi diri dalam bulan yang penuh cabaran ini. Segala kekangan yang biasa mengongkong diri perlu diatasi dan usaha ini perlu diteruskan walaupun bulan Ramadhan telah berlalu. Sebagai contoh, sifat malas, leka dan lemah mesti cuba diatasi. Apabila proses ini dilakukan secara berterusan, maka potensi diri seseorang individu dapat dipertingkatkan.

Selain dari memperbaiki keimanan dan kualiti diri, bulan Ramadhan yang mulia ini juga boleh menjadi satu platfom untuk kita mengeratkan hubungan sesama insan. Dalam konteks ini, hubungan kekeluaragaan dan kejiranan menjadi fokus utama. Sematkan dalam hati untuk lebih kerap berbuka puasa dan beribadat bersama keluarga dan jiran tetangga. Jika ini berjaya dilakukan maka hubungan sesama ahli keluarga dan insan yang lain akan menjadi semakin rapat dan harmoni.

Dari segi kesihatan juga, seseorang itu perlu membuat persiapan tertentu. Ada juga sesetengah individu yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak memungkinkan dia berpuasa. Selain itu, ada juga sesetengah orang yang bergantung kepada ubat tertentu untuk merawat penyakit. Oleh itu berpuasa mungkin akan mengganggu waktu pengambilan ubat dan sebagainya. Golongan sebegini perlu mendapatkan nasihat dari doktor masing-masing dan mungkin beberapa pengubahsuaian boleh dilakukan. Walaubagaimana pun, janganlah terus meninggalkan ibadat berpuasa kerana ini amat merugikan.

Selain kesihatan, faktor kewangan juga perlu diambil kira. Persediaan dari segi kewangan juga perlu dilakukan. Pada bulan Ramadhan ini, kita lebih kerap makan di rumah dan menyediakan pula pelbagai juadah berbuka puasa. Oleh itu, perbelanjaan untuk perkara ini juga perlu diteliti dan dikawal agar tidak melampaui batas. Segala bentuk pembaziran perlulah dielakkan agar keberkatan bulan Ramadhan tidak disia-siakan.

Kita jarang membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan dan amalan berpuasa. Malahan ada pula sesetengah orang yang menganggap bulan Ramadhan dan amalan berpuasa amat menyusahkan. Bagi golongan ini, kedatangan bulan Ramadhan diibaratkan sebagai beban yang menggalas bahu.

Kontranya, tren masyarakat kini menunjukkan bahawa persediaan yang besar-besaran dilakukan untuk menyambut Syawal atau Hari Raya Aidilfitri. Pada masa inilah kita lihat pelbagai tawaran istimewa diadakan di pusat-pusat membeli-belah. Orang-ramai pula berpusu-pusu membeli hingga kadang-kala timbul pula pembaziran.

Bukanlah salah membuat persiapan Syawal tetapi jika persiapan menyambut Syawal dilakukan dengan meriah sekali, persiapan menyambut Ramadhan juga perlu lebih meriah kerana bulan ini adalah satu bulan yang penuh keberkatan.

Sayangnya, pada masa kini tren sambutan Ramadhan juga telah telah disalah-ertikan. Pada masa ini, akhbar-akhbar tempatan sibuk mengiklankan pakej-pakej berbuka puasa dihotel-hotel atau restoran mewah. Namun begitu, bukan ini persediaan yang kita mahukan.

Persediaan utama adalah untuk melengkapkan diri dengan kekuatan rohani dan jasmani serta ilmu bagi merebut segala faedah yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Matlamatnya adalah untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah s.w.t., meningkatkan kualiti iman dan ibadat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan serta kejiranan.

Pun begitu, tidaklah dikatakan bahawa berbuka puasa diluar itu salah cuma perlu berhati-hati agar tidak membazir. Di samping itu, aspek beribadat jangan ditinggalkan. Dalam masa yang sama, persediaan menyambut Syawal juga tidak salah. Umat Islam digalakkan membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri kerana ini merupakan antara perayaan yang penting dalam kalender Islam. Namun begitu, sekali lagi, pilihlah satu persediaan yang sederhana dan tidak membebankan diri sendiri.

Umat Islam sangat beruntung kerana diberikan peluang untuk menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan dan keistimewaan ini janganlah disia-siakan. Buatlah persediaan yang sewajarnya untuk menyambut bulan mulia ini. Moga-moga diakhir bulan Ramadhan nanti, kita akan menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari semua segi berbanding sebelumnya.

chatro0m...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com