Daisypath Friendship tickers

Thursday, August 12, 2010

Antara 33 Larangan Rasulullah kpd Kaum Hawa...

1. Wanita Mendedahkan Aurat



Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan muka dan dua tangannya sampai pergelangan."
(H.R. Abu Daud)

"Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium baunya." (H.R. Muslim)

Islam tidak melarang kaum wanita berpakaian cantik dan indah, asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat dan boleh membentuk identiti muslimah yang mukrninah.


2. Wanita Berpakaian Menyerupai Lelaki



Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai lelaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah melaknat lelaki yang mengenakan pakaian wanita dan wanita yang mengenakan pakaian lelaki."(H.R. Abu Daud dan Hakim)

"Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai wanita." (H.R. Bukhari)

Pada hakikatnya, kaum wanita tidak menyedari bahawa cara berpakaian juga boleh mendatangkan laknat Allah SWT seperti menampakkan perhiasan emas, permata dan sebagainya dengan harapan diketahui dan ditontoni oleh kaum lelaki dan orang ramai.


3. Wanita Bergaul Bebas Dengan Lelaki Bukan Muhrim





Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim."(H.R. Bukhari dan Muslim)

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan wanita melainkan yang ketiganya syaitan" (H.R. Ahamd, Tirmizi dan Hakim).

"Takutlah kepada dunia dan wanita kerana fitnah yang mula-mula melanda kaum Bani Israil adalah wanita". (H.R.Muslim)


4. Wanita Bersalaman Dengan Lelaki Bukan Muhrim


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sungguh dimasukkan kepala salah seorang dariada kaum dengan jarum dari dua besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (H.R.Tabrani)

Tidak diragukan lagi bahawa perbuatan berjabat tangan antara wanita dengan lelaki bukan muhrim juga termasuk zina tangan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan berzina". (H.R.Ahmad)

Amalan berjabat tangan antara seorang wanita dan lelaki yang bukan muhrim tidak dibenarkan oleh syarak walaupun mereka tidak melakukan apa-apa perkara sumbang seperti dalam majlis keramaian, menyambut tetamu ke rumah dan sebagainya. Tetapi hal ini boleh mendorong kepada kemungkaran dan maksiat.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan". (H.R.Ahmad)


5. Wanita Berpakaian Menyerupai Pakaian Orang Kafir



Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Waspadalah kamu dari kemewahan yang berlebihan dan meniru gaya dan pakaian orang syirik". (H.R.Bukhari dan Muslim)

"Ada dua jenis manusia pengisi neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya: pertama, segolongan manusia yang mempunyai cambuk seperti seekor lembu mereka memukul manusia dengannya; kedua: wanita yang berpakaian tetapi telanjang dan melenggang lenggok, kepala mereka seperti pundak unta yang condong, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya. Sesungguhnya, bau syurga itu boleh tercium dari jarak yang sekian-sekian." (H.R.Muslim)


6. Wanita Menyambung Rambut


Perbuatan menyambung rambut atau memakai rambut palsu adalah termasuk perhiasan yang dilarang keras dalam Islam. Seseorang wanita Islam yang gemar menyambung rambut dengan apa tujuan sekalipun tidak dibenarkan dan dilaknat oleh Allah S.W.T. kerana mengubah anugerah Allah dalam erti kata menambah atau mengurangi dengan maksud agar nampak menarik dan anggun pada pandangan masyarakat.
Dari Asma' r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada seorang wanita bertanya kepada nabi s.a.w.: Ya Rasulullah, sesungguhnya anak saya terkena suatu penyakit sehingga gugurlah rambutnya dan saya akan kahwinkan dia, apakah boleh saya sambung rambutnya? Jawab Nabi: Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan yang minta disambung rambutnya".

(H.R. Bukhari)


7. Wanita Mencabut, Mencukur dan Menipiskan Alis



Perbuatan berhias dengan menipiskan alis, mengukirnya, mencukurnya atau mencabut sebahagiannya kononnya supaya wajah kelihatan cantik, ayu dan anggun pada pandangan masyarakat sebenarnya merupakan salah satu perbuatan berhias secara berlebihan yang diharamkan dalam Islam kerana mengubah ciptaan Allah S.W.T. Pada hakikatnya, inilah amalan wanita zaman jahiliah dan kaum Yahudi untuk menarik perhatian kaum lelaki.

Rasulullah s.a.w. melaknat ke atas wanita Islam yang mencukur atau menipiskan alis sama ada untuk dilengkungkan atau ditinggikan. Lebih malang lagi jika perbuatan itu diperkenankan oleh suaminya untuk mendapat kebanggaan atau glamour dikalangan orang ramai.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. melaknat wanita-wanita yang mencukur alisnya atau minta dicukur alisnya".

(H.R. Abu Daud)


8. Mengikir Gigi


Islam melarang keras perbuatan wanita yang mengikir gigi atau menjarangkan gigi agar kelihatan cantik dan menawan. Perbuatan ini termasuk yang mendapat laknat Allah dan RasulNya kerana mengandungi unsur-unsur penyiksaan dan pengubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada sebab musabab yang mengharuskannya berbuat demikian.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah".

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Syariat telah mengharamkan kaum wanita merenggangkan giginya yang bertumpuk sehingga nampak susunannya rata kerana kerapian hasil perbuatan manusia. Cara seperti ini tercela dan bagi wanita Islam tidak dibolehkan mengubah sesuatu pun dan apa yang telah diciptakan Allah.


Sumber: Petikan dari Buku: 33 LARANGAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA

No comments:

chatro0m...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com