Daisypath Friendship tickers

Thursday, May 26, 2011

cinta si kupu-kupu...



~>
Apalah arti sebuah kilau keCANTIKan....
Hanya menipu syahwat kaum adam.....
Apalah arti sebuah gemilang keCERDASan.....
Hanya terpuruk pada keangkuhan.....
Apalah arti sebuah keKAYAan....
Hanya tuk kepala mendongak.....
CINTA KASIH & NURANI tak menyempurnakannya hanyaLah Sia-sia…..

CINTA KASIH & NURANI jadikanlah sebuah Atribut....
Jangan tutupi dalam ALMARI kekuasaan HATI....
yang hanya akan menjadi NODA hidup yang melekat...

Milikilah Rasa INDAH dari Cinta Kasih....
Yang lebih ELOK dari cantiknya raut WAJAH.....
Yang lebih HEBAT dari sebuah keCERDASan....
Yang lebih MULIA dari keKAYAan…..
MENAWAN dan MEMUKAU dunia....

Genggam erat CINTA KASIH oleh harapan.....
Agar CINTA HAKIKI tergapai…
Karena Cinta bagai KUPU ~ KUPU...
HINGGAP dimanapun yang dinginkannya….

Cinta IBARAT kupu-kupu....
Makin kau KEJAR, makin ia mengHINDAR..... 
Tapi bila kau biarkan ia TERBANG....
ia akan mengHAMPIRImu disaat kau tak menduganya.....

Cinta bisa memBAHAGIAkanmu....
tapi sering pula ia menyakiti.....
tapi CINTA itu hanya ISTIMEWA.....
apabila kau berikan pada seseOrang yang LAYAK menerima....
Jadi tenang2 saja, jangan ter-buru2 dan pilihlah yang terbaik....:-)
" SeMua kan Indah pada WaKtUnya....."


^_ senyUm_^





source - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=126722580726986&set=at.107186632680581.9024.100001677347161.100001215105663&type=1&pid=171191&id=100001677347161

♥ I + K + H + L + A + S = sukar? ♥



♥ I + K + H + L + A + S = sukar? ♥

Ia tidak semudah mengeja

Tidak semudah menulis

Tidak semudah menyebut

Hakikatnya gabungan enam huruf ini memerlukan penghayatan dan pemahaman yang betul untuk melaksanakannya

IKHLAS…

Tanpanya maka tidak diterimalah amalan kita kerana ia merupakan salah satu syarat untuk amal diterima.Tanpanya amal ibarat debu-debu yang berterbangan walaupun telah banyak usaha kita untuk membuat kebaikan.

Sukar…sukar…

Ya amat sukar untuk saya menjelaskan erti ikhlas yang sebenar..kerana kadang-kadang hati ini juga berperang dengan hawa nafsu..niat terlari dari landasan sebenarnya.

Ikhlas yang hendak kita cari ialah ikhlas kerana Allah. Ikhlas yang mengangkat darjat diri kita begitu tinggi disisi Allah.Bukanlah semata-mata ikhlas kerana manusia.

Seorang anak mungkin ikhlas mengasihi ibu bapanya kerana fitrahnya begitu.

Seorang guru juga mungkin ikhlas mengajar anak muridnya kerana ingin melihat anak-anak muridnya berjaya dan jadi orang yang berguna.

Seorang pemuda juga ikhlas memberi wang kepada peminta sedekah ditepi jalan kerana kasihan melihat keadaannya.

Ikhlas begitu…mungkin kita mampu melakukannya.

Tetapi ikhlas yang dicari ini IKHLAS KERANA ALLAH!

Itu yang payah.Itu yang sukar.Itu yang memerlukan pengorbanan.

Aku sayang umi dan abah sebab Allah suruh aku sayang mereka.

Aku buat baik pada orang sebab Allah suruh.

Aku belajar sebab Allah suruh.

Aku berusaha sebab Allah suruh aku berusaha.

Aku sayang kawan aku sebab Allah suruh mencintai saudara sesama muslim.

Semua aku buat sebab Allah yang suruh.

Ya…menULis atas papan kekunci komputer memang mudah.Apa sahaja boleh dikatakan.Kerana ia tidak sesukar membawanya ke medan amal.

Dari Amirul Mukminin,Abu Hafsh,Umar bin Khattab r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya,dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya,maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya,dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia cari atau wanita yang hendak dinikahinya,maka ia akan mendapati apa yang ia tuju.”

Kita akan dapat apa yang kita niatkan..jadi pentingnya untuk selalu membetulkan niat setiap kali ia tersasar dari landasan sebenar,dari tujuan sebenar,dari matlamat sebenar..yakni kerana Allah SWT sahaja.

Semangat untuk beramal sahaja tidak cukup.Memang mudah untuk memulakan sesuatu kebaikan.Pada dasarnya memang niat jelas,tujuan jelas,tetapi kadang-kadang apabila kita mula melangkah lebih kehadapan ada sahaja rintangan-rintangan yang datang mula melemahkan langkah,untuk memperlahankan langkah.Semangat yang berkobar kini mula surut,langkah makin longlai.Inilah jadinya jika bergantung pada semangat semata.Semangat untuk beramal tetapi tidak istiqamah.Bukankah kita sendiri tahu amalan yang paling Allah suka ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan.Biarlah sedikit amalan kita tetapi ia berterusan.Kita bukan hendak memuaskan dan menggembirakan hati manusia semata tetapi untuk menggembirakan Allah.Bukanlah tujuan kita untuk menarik perhatian manusia tetapi menarik perhatian Allahlah tujuan utama.

Keikhlasan itu bergantung pada niat.Sekali lagi diingatkan pada diri,betulkan kembali niatmu.Moga kita semua diberi kekuatan untuk terus beramal dengan baik dan ikhlas kerana Allah.

Ya Allah…terimalah amalku..ameen.



source - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=146898155376095&set=at.107186632680581.9024.100001677347161.100001215105663&type=1&pid=283034&id=100001677347161

Apa Khabar Jodohku?


Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Tuesday, May 17, 2011

Part 2: The Carrot, Egg And Coffee....


"When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a carrot, an egg or a coffee bean?"

Think of this: WHICH AM I?

"Am I the carrot that seems strong, but with pain and adversity do I wilt and become soft and lose my strength?"
"Am I the egg that starts with a malleable heart, but changes with the heat? Did I have a fluid spirit, ... but after a death, a breakup, a financial hardship or some other trial, have I become hardened and stiff? Does my shell look the same, but on the inside am I bitter and tough with a stiff spirit and a hardened heart?"
"Or am I like the coffee bean? The bean actually changes the hot water, the very circumstance that brings the pain. When the water gets hot, it releases the fragrance and flavor. If you are like the bean, when things are at their worst, you get better and change the situation around you."

When the hour is the darkest and trials are their greatest, do you elevate yourself to another level? How do you handle adversity?

And again, are you a carrot, an egg or a coffee bean?

The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way. The brightest future will always be based on a forgotten past; you can't go forward in life until you let go of your past failures and heartaches.
When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so at the end, you're the one who is smiling and everyone around you is crying

Part 1: The Carrot, Egg And Coffee...


A young woman went to her mother and told her about her life and how things were so hard for her. She did not know how she was going to make it and wanted to give up. She was tired of fighting and struggling. It seemed as though just as one problem was solved, a new one arose.
Her mother took her to the kitchen. She filled three pots with water and placed each on a high fire. Soon the pots came to a boil.
In the first, she placed carrots, in the second she placed eggs, and in the last she placed ground coffee beans. She let them sit and boil, without saying a word.

In about twenty minutes she turned off the burners. She fished the carrots out and placed them in a bowl. She pulled the eggs out and placed them in a bowl. Then she ladled the coffee out and placed it in a bowl.
Turning to her daughter, she asked, "Tell me what you see."
"Carrots, eggs, and coffee," she replied.
Her mother brought her closer and asked her to feel the carrots. She did, and noted that they were soft.
The mother then asked the daughter to take the egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard boiled egg.
Finally, the mother asked the daughter to sip the coffee.
The daughter smiled as she tasted its rich aroma.
The daughter then asked, "What does it mean, mother?"
Her mother explained that each of these objects had faced the same adversity: boiling water. Each reacted differently.
The carrot went in strong, hard, and unrelenting. However, after being subjected to the boiling water, it softened and became weak.
The egg had been fragile. Its thin outer shell had protected its liquid interior, but after sitting through the boiling water, its inside became hardened.
The ground coffee beans were unique, however. After they were in the boiling water, they had changed the water.
"Which are you?" she asked her daughter.
"When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a carrot, an egg or a coffee bean?"
Think of this: Which am I?
Am I the carrot that seems strong, but with pain and adversity do I wilt and become soft and lose my strength?
Am I the egg that starts with a malleable heart, but changes with the heat? Did I have a fluid spirit, ... but after a death, a breakup, a financial hardship or some other trial, have I become hardened and stiff? Does my shell look the same, but on the inside am I bitter and tough with a stiff spirit and a hardened heart?
Or am I like the coffee bean? The bean actually changes the hot water, the very circumstance that brings the pain. When the water gets hot, it releases the fragrance and flavor. If you are like the bean, when things are at their worst, you get better and change the situation around you.
When the hour is the darkest and trials are their greatest, do you elevate yourself to another level? How do you handle adversity?
Are you a carrot, an egg or a coffee bean?
The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way. The brightest future will always be based on a forgotten past; you can't go forward in life until you let go of your past failures and heartaches.
When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so at the end, you're the one who is smiling and everyone around you is crying.
You might want to send this message to those people who mean something to you; to those who have touched your life in one way or another; to those who make you smile when you really need it; to those who make you see the brighter side of things when you are really down; to those whose friendship you appreciate; to those who are so meaningful in your life.
It's easier to build a child than to repair an adult...

This is so true - May we all be COFFEE!!

Wednesday, May 4, 2011

Khabar Cinta Dari Syurga....


Satu ketika dahulu, semasa saya dan keluarga tinggal di Sarawak, saya pernah menjadi sukarelawan di sebuah pusat pemulihan akhlak wanita di sana. Kelihatan dari luar tempat ini tidak ubah seperti penjara, dengan kawalan ketat, pagar tinggi dan dawai tajam berceracak di kelilingnya.
Penghuninya rata-rata di bawah umur lapan belas tahun. Agak lama saya berulang alik ke sana, kira-kira hampir dua tahun. Oleh kerana sudah biasa dan rapat dengan saya, mereka tidak segan silu menceritakan latar belakang dan kisah bagaimana mereka diberkas dan dihantar ke pusat tersebut.
A, seorang anak angkat dalam keluarga termiskin. Mula bekerja sebagai "pelayan kedai kopi"(istilah yang digunakan bermakna pelacur) pada usia 14 tahun. Menurut A, meskipun dia kurang didikan agama, dia tahu ini kerja yang menjelikkan. Dia hairan dengan layanan keluarganya bila tahu tentang kerja yang dibuatnya.
Setiap minggu apabila dia pulang dengan beg sendat berisi wang, keluarga angkatnya akan melayannya dengan begitu mesra, tidak seperti biasa. Jika pulang dengan tangan kosong, mereka akan memarahi dan menyisihkannya. A sanggup bekerja menjadi "pelayan kedai kopi"kerana itulah caranya untuk dia diterima keluarga angkatnya.
Cerita ini cukup pelik dan menyayat hati. Saya sendiri terkejut dan tidak percaya bagaimana sebuah keluarga Islam boleh berbuat demikian kepada anaknya, meskipun anak angkat, tetapi bila ditanya dengan penyelia pusat tersebut, ternyata benar.
B,17 tahun, dibesarkan oleh nenek yang amat memanjakannya. Bila remaja, B diambil semula oleh ayahnya yang menurut ceritanya terlalu garang. Akhirnya B lari dari rumah dan hidup luar nikah dengan teman lelakinya sebelum diberkas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut B, dia merasa dirinya dibenci oleh ayah sendiri kerana selalu dimarahi di rumah.
KETANDUSAN KASIH DAN AKIBATNYA
Meskipun saya hanya paparkan dua kisah contoh tentang penghuni di pusat pemulihan akhlak tersebut, hakikatnya hampir semua penghuni pusat itu kisah hidupnya mempunyai satu persamaan : mereka menderita justeru ketandusan kasih. Kesemua mereka terjebak dalam kancah maksiat kerana dahagakan kasih sayang, tenggelam punca kerana terasa diri tidak dikasihi, dicintai dan disayangi.
Tidak kira dari ibu bapa atau sesiapa sahaja. Bila terasa dirinya tidak dihargai, mulalah mencari sumber cinta dari luar. Hal ini berlaku terutamanya bagi golongan remaja. Bila meningkat remaja, yang lelaki menagih cinta dari remaja wanita dan begitulah sebaliknya.
Perkataan CINTA hanya lima huruf dan dua suku kata. Namun pengaruhnya cukup berat dalam kehidupan setiap insan. Saya masih ingat kata-kata pujangga yang dicoret seorang kakak senior dalam buku autograf saya sebelum menamatkan persekolahan dahulu. Coretannya berbunyi begini: "To love is nothing; to be loved is something. But to love and be loved is everything."
Alangkah indahnya hidup ini apabila orang yang kita cintai membalas cinta kita. Hari-hari yang dilalui terasa sempurna dan bahagia. Alangkah bertuahnya anda yang berjaya menemui pasangan sehinggakan saling cinta mencintai setulus hati seumur hidup. Namun, bagaimanakah kita boleh menemui cinta yang luhur dan sejati ini? Jawabnya, dengan mencintai seseorang semata-mata kerana Allah.
Saya masih ingat, kali pertama saya mendengar kalimah "Biarlah semua yang kita lakukan itu kerana Allah. Hatta cinta sekalipun, jika mencintai seseorang biarlah semata-mata kerana Allah,"saya termenung sejenak. Terasa kabur dan sukar difahami. Namun jauh di lubuk hati, saya yakin inilah cinta yang lebih baik, bermanfaat dan yang Allah mahu kita praktikkan. Apa ertinya mencintai seseorang kerana Allah , tidak kira sama ada orang yang dicintai itu sahabat, ibu atau bapa, anak, suami atau isteri? Mungkin paparan peristiwa di bawah boleh membantu kita memahaminya.
                                                                                   KISAH SETEGUK AIR 
Dalam Peperangan Yarmuk, seorang pembawa air tercari-cari pejuang Islam yang mungkin memerlukan air. Akhirnya beliau menjumpai seorang pejuang yang cedera parah dan mengerang kesakitan. Namun belum sempat pembawa air ini menyuakan air ke bibir pejuang ini, tedengar rintihan seorang pejuang lain yang berteriak "Air! Air! Berikanlah saya air!"
Pejuang pertama yang sedang nazak mengisyaratkan kepada pembawa air untuk meninggalkannya dan memberikan air tersebut kepada pejuang kedua. Pembawa air ini bergegas kepada pejuang kedua yang juga berlumuran darah dan nyata tipis peluangnya untuk hidup. Namun belum sempat pejuang kedua ini meneguk air yang dibawakan kepadanya, terdengar teriakan "Air! Air! Berikanlah saya air!" daripada pejuang ketiga.
Pejuang kedua juga mengisyaratkan kepada pembawa air ini untuk segera memberi air kepada orang ketiga yang berteriak tadi. Namun sesampainya pembawa air ini kepada pejuang ketiga dan belum sempat dia memberi air kepadanya, pejuang tersebut yang sedang nazak juga menghembuskan nafas yang terakhir. Pembawa air ini bergegas kepada pejuang kedua tadi, tapi dia pun telah mati syahid juga. Dia bergegas ke pejuang pertama, tapi pejuang pertama itu pun sudah meninggal dunia. Menitis air mata si pembawa air tadi bila menyedari betapa tiga orang pejuang ini sanggup mengorbankan keperluan masing-masing demi orang lain!
(Saya sengaja tidak menyebut nama-nama pejuang dan pembawa air dalam kisah di atas kerana beberapa sumber yang saya rujuk memberikan nama-nama yang berlainan. Harap sudi perbetulkan jika saya silap di sini.)
Paparan kisah seteguk air di atas menunjukkan beberapa ciri cinta kerana Allah, iaitu:
-       memahami bahawa orang yang kita cintai itu milik Allah dan dia boleh diambil olehNya pada bila-bila masa
-       Bila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita mementingkan dirinya lebih daripada diri kita sendiri meskipun ini bermakna kita mengetepikan keperluan peribadi. Relevannya poin ini kerana dunia sekarang amat menitikberatkan individualisme, iaitu mementingkan diri sendiri.
Kisah seteguk air jelas menggambarkan cinta yang luhur dan sejati. Tidak kira sama ada cinta antara lelaki dan wanita, suami dan isteri, anak-anak, ibu bapa atau sahabat. Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak supaya mencari cinta yang hakiki, iaitu cinta yang membawa kita ke syurga. Satu-satunya cinta yang membawa kita ke syurga ialah mencintai seseorang kerana Allah. Ia tidak mudah dilakukan, tetapi memerlukan usaha yang berterusan.
DIDIK ANAK DEKATI ALLAH DAHULU SEBELUM MENCARI JODOH
Buat ibu bapa yang anak-anaknya meningkat remaja, topik cinta adalah sesuatu yang perlu dibincangkan secara terbuka dengan anak-anak. Pengaruh budaya luar yang mendesak perhubungan bebas antara lelaki dan wanita serta naluri semula jadi untuk mencari pasangan mewajibkan kita untuk tidak mengabaikan perkara ini. Keinginan untuk hidup berpasangan sememangnya dititipkan dalam jiwa setiap insan. Keinginan mempunyai pasangan ini lazimnya mula terasa semasa usia meningkat remaja.
Saya pernah menghadiri suatu sessi kuliah yang penceramahnya seorang lelaki muda berbangsa Greek, memeluk Islam pada usia dewasa. Menariknya dalam kuliah ini, beliau berkongsi cerita tentang bagaimana beliau menemui isterinya, seorang wanita Islam dari Malaysia. Katanya, selepas memeluk Islam, beliau meninggalkan cara hidup lama, tidak lagi mahu ada teman wanita.
Sebaliknya beliau berpegang kepada prinsip, "Find Allah and he or she will find you." Maksudnya,"Carilah Allah dan anda akan temui gadis atau jejaka idaman hatimu." Betapa indahnya konsep ini! Saya kira ini bermakna, jika kita hendak mencari suami atau isteri yang paling sesuai, dekatkanlah diri dengan Allah dan yakinlah bahawa Dia akan pertemukan kita dengan jejaka atau gadis yang secocok dengan kita. Inilah konsep yang amat perlu diterapkan dalam jiwa remaja anak-anak dan diri kita sendiri, iaitu :
-       cinta yang hakiki, iaitu cinta yang membawa kita ke syurga bermula dengan cinta kepada Allah. Dari sinilah terbitnya cinta kepada orang lain seperti cinta kepada ibu bapa, suami, anak-anak dan sahabat.
-       cinta yang membawa ke syurga antara lelaki dan wanita ialah apabila pasangan lelaki dan wanita ini mencintai satu sama lain semata-mata kerana Allah. Ini bermakna, mendirikan rumahtangga dengan niat untuk mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. yang amat digalakkan oleh Islam.
-       Bila suami isteri mencintai satu sama lain kerana Allah, jika timbul konflik, masing-masing tidak egoistik, kedua-duanya akan merujuk kepada AlQuran dan Sunnah dan lebih mudah untuk maaf memaafkan. Dengan itu, perbezaan pendapat ini tidak memanjang menjadi suatu pertelingkahan yang besar dan dapat dibendung dan diselesaikan dengan baik.
Sehingga si suami bertanggapan isterinya sentiasa mendahulukan kepentingannnya dan si isteri pula merasakan dialah wanita yang bertakhta di hati suaminya. Redhanya suami kepada isteri dan isteri kepada suami ini pada hemat saya adalah satu cara untuk kita menambah saham akhirat dan satu lagi langkah mendekatkan kita kepada Allah dan syurgaNya.
Wallahua'lam.

chatro0m...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com